~ SELAMAT DATANG ,
MYSPACE TUNAI KINI SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT!!!~

Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada semua sahabat myspace,friendster,blog, tagged,facebook dan lain-lain yang melayari web ini pasti akan membuka mata seluasnya.saya dengan berbesar hati menjemput anda menyertai satu program menjana pendapatan walaupun anda seorang pelajar sekolah dan tidak tahu tentang internet langsung.Cepat sertai kami.Rebut peluang anda sekarang juga.Ramai yang sudah berjaya buat duit dengan MyspaceTunai.Lihat betapa hebatnya MyspaceTunai,tidak sampai tiga bulan,ahli Myspace tunai KINI Mencecah angka 2500!!WOW!!

Pernahkah anda terfikir sudah berapa lama anda berchatting dan bermain video game?Berapa banyak pendapatan yang anda sudah kecapi sambil berchatting?Tiada satu sen pun anda dapat daripada itu?TERBARU!!Sebentar saja lagi anda akan didedahkan dengan teknik buat duit paling senang yang pernah anda temui!!Percaya atau tidak anda mesti terkejut apabila saya katakan hanya dengan berchatting di myspace, friendster, blog,tagged dan lain-lain boleh menjana pendapatan dari rumah atau hanya duduk didepan komputer lebih RM50-RM300 sehari!!wOw BeTul ke??!!kalau x percaya..korang hanya klik jer kat banner bawah nibanyak lagi maklumat yang korang perlu baca..untuk yang masih lagi baru dalam bidang ni..korang hanya perlu daftar bawah sayer..dan sayer akan bagi kat korang top up 5 ringgit secara percuma kepada korang untuk korang promosi link korang kepada member2 korang k..



Anda Mahukan Wang??

bisnes yang mudah..luangkan skit masa jerk untuk bisnes ni..anda akan dapat duit sampai bila...modal kecik jer..rm 50.00 jerk..korang akan dapat macam2..pastu dapat lagi duit..

Monday 29 December 2008

rahsia kelahiran anda

JANUARI
· Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
· Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC*
Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL*
Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros

JUN*
Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap

JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Obesiti

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
Strok (angin ahmar)
Tekanan darah tinggi
Batu hempedu
Diabetes (kencing manis)
Paras kolestrol darah yang tinggi
Gout
Sakit di bahagian bawah belakang badan
Sukar bernafas
Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
Gangguan pembuangan air kecil
Penyakit hati
Kanser usus
Selamat datang aku ucapkan kepada pelawat2 blog aku ni..kebiasaanya yang datang kt blog aku mesti student yang ngah kelam kabut nk siapkan assingment tentang kesihatan kan..tp x per..saper2 pun bleh datang..hehehe...aku wat blog ni sebab ade bisnes skit..tp aku x perlukan modal dari korang pun..hehehe...biase la..hidup sebagai student ni..mane ade duit sangat..so kena la wat bisnes skit..aku pilih bisnes internet ni pun bukan aper..sebab mudah bagi aku yang kaki online ni...banyak

Merokok

Pengenalan

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.


Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Friday 12 December 2008

Gigitan Ular


Jenis-jenis ular yang ada di Malaysia


Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia, tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun.


Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan King cobra), ular kapak (Russell's Viper, Malaysian pit viper dan Green tree pit viper) dan ular 'kraits'. Ular tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala "king Cobra" pula biasanya di jumpai di hutan tebal.


Ular kapak (pit viper) pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang, kampung dan hutan. Tempat yang biasa bagi 'Green tree pit viper' pula ialah di atas pokok. Ular 'Kraits' biasanya didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan. Ular laut selalunya berada di pesisiran pantai dan kawasan muara sungai. Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular sering terjadi kepada mereka yang tinggal atau bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkhemahan, berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.


Gejala & tanda-tanda dipatuk ular


Kecedaraan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan saiz ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan menjadi teruk jika dipatuk di kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa. Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :
Toksin darah (Haemotoxins)
Toksin saraf (Neurotoxins)
Toksin jantung (Cardiotoxins)


Sesetengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding dengan sesetengah gejala patukan yang lain. Gejala awal:



  • Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit).

  • Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati.

Gejala yang berlaku agak lambat:



  • Gejala setempat (di tempat patukan): bengkak, bisul, pendarahan dalam kulit dan otot, dan gejala kurang aliran darah ke anggota serta kulit.

  • Gejala am seperti: pening, muntah, sesak nafas, demam, kejutan (shock), gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.

  • Gangguan deria sentuhan, rasa dan bau; rasa mengantuk, rasa lumpuh pada otot muka dan mata; susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.

Rawatan patukan ular


JANGAN PANIK!


Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk


Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain.


Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati.


Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata.


Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki.


Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling).


Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan.


Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.


Rawatan di hospital :



Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi


Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan


Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan.


Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan


Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi.


Bagaimana mengelak dari dipatuk ular



Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak


Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak


Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah


Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati.


Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.



Sakit Kepala


Sakit Kepala
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.


Sebab Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
Tekanan (tension headache).
Kemurungan
Migraine (penyempitan salur darah)
Penyakit serta ketegangan dalam mata.
Sakit gigi dan tulang rahang.
Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
Kejang otot.
Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
Angin Ahmar
Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
Tekanan Darah Tinggi
Pengambilan dadah dan racun


Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
Cuba teknik bertenang dan urutan.
Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
Kendalikan tekanan anda dengan baik.
Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.


Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
Demam.
Jika anda melebihi 40 tahun.
Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
Kejang tengkuk/leher.
Khayal/lali.
Sawan.
Rasa lemah dan kebas.
Kabur penglihatan atau buta.
Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
Loya, muntah.
Hilang selera makan dan susut berat badan.
Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV


Pencegahan
Tangani tekanan anda dengan baik.
Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
Pemakanan seimbang.
Kerap bersenam.
Berhenti merokok.
Amalkan gaya hidup sihat


Soalan Lazim
Perlukah saya menjalani pemeriksaan CT-brain?
Keutamaan diberi kepada kes-kes yang mempunyai tanda-tanda amaran 'red flag' atau menunjukkan tanda-gejala jangkitan atau ketumbuhan dalam otak .
Kajian mendapati hanya satu peratus pengidap sakit kepala menunjukan keputusan yang positif.


Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya atau tidak?
Tidak.
Kerana kebanyakan sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.

Ubat Tidur


Pengenalan
Ubat tidur merupakan kategori ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberikan kesan sedatif. Contoh : ubat antikemurungan, barbiturates dan benzodiazepines. Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu digunakan untuk merawat keresahan dan masalah kesukaran untuk tidur. Sesetengah benzodiazepine digunakan untuk melegakan keresahan , 'alcohol withdrawal', 'panic disorders' dan sawan.
Kebanyakan ubat antikeresahan (Contoh: alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam) boleh membantu masalah kesukaran untuk tidur apabila diberikan pada waktu malam. Kebanyakan ubat hipnotik pula ( Contoh: midazolam, zolpidem) akan memberikan kesan sedatif pada waktu siang.


Komplikasi
Kesan sampingan yang biasa dialami apabila mengambil ubat tidur adalah mengantuk dan rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan percakapan yang tidak jelas. Jangan memandu kenderaan jika masih mengalami kesan dari ubat tidur.
Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam dos yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang. Apabila keadaan ini berlaku, ia menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut. Ubat tidur tidak boleh diberhentikan secara mengejut. Doktor akan menasihatkan bagaimana untuk memberhentikan ubat secara berkala.


Rawatan

Ubat tidur hanya boleh diambil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kesan ubat tersebut akan berkurangan kerana badan anda telah menyesuaikan diri dengan ubat ini.


Langkah Berjaga-jaga

Masalah kesukaran untuk tidur dapat diatasi dengan merawat tingkahlaku secara kognitif Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk mengatasi kesukaran untuk tidur.
Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.
Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.
Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.
Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)
Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.
Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur hanya jika benar-benar mengantuk.


Lain-lain

Simpan ubat pada tempat yang bersesuaian dan jauhkan daripada kanak-kanak. Sila beritahu doktor jika anda mempunyai sejarah ketagihan alkohol dan dadah . Beritahu doktor jika anda mengandung kerana sesetengah benzodiazepine (chlordiazepoxide dan diazepam) dilaporkan boleh menyebabkan kecacatan pada anak yang dilahirkan jika diambil pada peringkat awal mengandung ( 3 bulan pertama). Beritahu doktor jika anda menyusukan anak kerana ubat ini akan menyebabkan rasa mengantuk dan kesukaran untuk menyusukan anak.