~ SELAMAT DATANG ,
MYSPACE TUNAI KINI SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT!!!~

Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada semua sahabat myspace,friendster,blog, tagged,facebook dan lain-lain yang melayari web ini pasti akan membuka mata seluasnya.saya dengan berbesar hati menjemput anda menyertai satu program menjana pendapatan walaupun anda seorang pelajar sekolah dan tidak tahu tentang internet langsung.Cepat sertai kami.Rebut peluang anda sekarang juga.Ramai yang sudah berjaya buat duit dengan MyspaceTunai.Lihat betapa hebatnya MyspaceTunai,tidak sampai tiga bulan,ahli Myspace tunai KINI Mencecah angka 2500!!WOW!!

Pernahkah anda terfikir sudah berapa lama anda berchatting dan bermain video game?Berapa banyak pendapatan yang anda sudah kecapi sambil berchatting?Tiada satu sen pun anda dapat daripada itu?TERBARU!!Sebentar saja lagi anda akan didedahkan dengan teknik buat duit paling senang yang pernah anda temui!!Percaya atau tidak anda mesti terkejut apabila saya katakan hanya dengan berchatting di myspace, friendster, blog,tagged dan lain-lain boleh menjana pendapatan dari rumah atau hanya duduk didepan komputer lebih RM50-RM300 sehari!!wOw BeTul ke??!!kalau x percaya..korang hanya klik jer kat banner bawah nibanyak lagi maklumat yang korang perlu baca..untuk yang masih lagi baru dalam bidang ni..korang hanya perlu daftar bawah sayer..dan sayer akan bagi kat korang top up 5 ringgit secara percuma kepada korang untuk korang promosi link korang kepada member2 korang k..



Anda Mahukan Wang??

bisnes yang mudah..luangkan skit masa jerk untuk bisnes ni..anda akan dapat duit sampai bila...modal kecik jer..rm 50.00 jerk..korang akan dapat macam2..pastu dapat lagi duit..

Friday 21 November 2008

DRUG DAN SUKAN




Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?
Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.
Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.
Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.


Apakah maksud Drug?
Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.


Apakah 'doping'?
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.


Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.


Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?
Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:
Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.


Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?
Strategi yang diambil bertujuan untuk :
Pencegahan
Pembasmian :
Salah laku dan penyalahgunaan dadah
Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping


Memantau :
Ujian doping di luar pertandingan
Parameter latihan dan tahap keupayaan
Langkah berjaga-jaga
Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari http://www.wada-ama.org/.
Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarangSenarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu penipuan.




Kaedah-kaedah yang dilarang
Menambahkan pertukaran oksigen
Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.
Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia
Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Doping Genetik
Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

Diabetes Mellitus


Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.
Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT. Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
Letih
Berat badan menurun
Penglihatan kabur
Otot lemah
Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
Luka yang lambat sembuh
Kencing yang kerap
Gatal pada bahagian kemaluan
Rasa kebas
Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
Impaired glucose tolerance (IGT).
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
Tekanan darah tinggi
Tidak aktif -gaya hidup sedentari
Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.


Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.
Keadaan kecemasan:
Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
Mata
Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
Saraf
Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
Otak
Angin ahmar (hubung dengan strok)
Buah pinggang
kegagalan buah pinggang
Jantung
Sakit jantung

Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
Mengawal pengambilan makanan
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
Melakukan senaman fizikal
Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Ubatan
Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
Anda boleh menjaga diri anda sendiri
Penjagaan secara umum:
Penjagaan kulit
Mandi setiap hari
Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
Merawat luka dan calar dengan segera
Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
Penjagaan kaki
Basuh kaki setiap hari
Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
Potong kuku jari kaki secara lurus
Tukar stokin anda setiap hari
Jangan berjalan tanpa kasut
Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
Mengawasi diri sendiri

Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes

Penjagaan gigi
Kerap menjalani pemeriksaan mata
Mengelakkan minuman keras
Berhenti merokok
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul

Chikungunya


Pengenalan
Deman Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.

Tanda dan Gejala
Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome). Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:


Demam
Kesejukan
Sakit kepala
Letih
Loya
Muntah
Sakit otot
Ruam
Sakit sendi.


Rawatan
Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera


Pencegahan
Tip-tip semasa mengembara/bersiar
Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk
Walau bagaimanapun jika anda masih mengalami demam, berjumpalah doktor segera dan lakukan ujian darah. Jika ujian darah anda didapati positif dengan virus ini, tinggal di dalam rumah untuk mengurangkan gigitan nyamuk dan ini dapat mengelak bertambahnya rebakan jangkitan. Di rumah cara pencegahan demam chikungunya ini adalah sama dengan demam denggi. Pembersihan air takungan dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman dapat mengelak pembiakkan pembawa nyamuk Aedes.

Campak


Pengenalan
Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.

Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi.

Tanda dan Gejala
Gejala bermula 10 � 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul. Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.Komplikasi

Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:
Jangkitan telinga
Pembesaran Nodus Limfa
Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
Jangkitan paru paru
Jangkitan bronkus
Jangkitan peti suara
Cirit birit atau muntah
Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.
Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.

Rawatan
Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan.
Rehat (tidur ) dengan cukup.
Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk.
Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman pada paru paru.Pengasingan.
Pencegahan
Di Malaysia, vaksin campak biasanya diberikan bersama sama vaksin beguk, dan rubella ketika berumur satu dan tujuh tahun. Orang yang tidak berimunisasi dan adik beradik perlu diasingkan dari pesakit.

Beguk - Kanak-kanak

Apakah itu beguk?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti.

Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
Demam
Sakit kepala
Mulut kering dan hilang selera
Keletihan
Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10-12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)?Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
Pekak

Bagaimanakah ia dirawat?Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Bolehkah ia dicegah?Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

BERDENGKUR




Apa itu berdengkur?
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
RawatanBolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan? Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'. Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.
Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
PencegahanPetua untuk mengurangkan dengkuran:
Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

AKIL BALIGH UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN


Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh merupakan tanda keupayaan anda untuk mempunyai anak. Dikenali juga sebagai kematangan seksual.




Definisi
Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.








Untuk lelaki :




Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)




Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut serta suara yang lebih garau




Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh








Untuk perempuan :




Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari




Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta punggung membesar




Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh




Bilakah saya akan mencapai akil baligh?




Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :




Nutrisi yang lebih baik
Stres
Bahan kimia di dalam makanan








Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?




Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti merokok, mengandung dan lumba haram.




Apakah peringkat akil baligh saya?




Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali sebagai Peringkat Tanner.
Tahap Tanner :
Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)
Lelaki - Bulu kemaluan
Perempuan - Payudara
Perempuan - Bulu kemaluan